Wednesday, October 6, 2010

Bahana penyakit resdung.

Assalamuaikum w.b.t.

    Pada masa sekarang banyak kemodenan dan kecanggihan dalam sistem perubatan di negara ini.walaupun hampir kesemua penyakit berjaya disembuhkan oleh bidang ini akan tetapi ada juga penyakit yang tidak mampu disembuhkan oleh perubatan moden.salah satu contohnya ialah penyakit resdung.punca penyakit ini yang menyerang sistem penafasan manusia mempunyai banyak pendapat daripada pakar-pakar perubatan dan pengamal perubatan tradisional..
  
     Terdapat banyak punca yang menjadi penyebab terjadinya penyakit ini.salah satunya pengalaman saya mula-mula mengidap penyakit ini semasa umur saya 10 tahun ialah saya sering mengalami demam yang tidak kebah sehinggakan berlarutan sehingga dua minggu menyebabkan bapa saya terpaksa menghantar saya ke hospital dan terpaksa dimasukan tiga botol air ubat oleh doktor kerana keadaan saya masa itu amat teruk.

    Selain itu juga terdapat banyak pantang larang penyakit ini contohnya tidak boleh mengamalkan makanan laut seperti udang,ketam,sotong,dan sebagainya.jika memakan makanan ini bahagian hidung saya akan berasa gatal dan berair.ini pakar menasihatkan bahawa makanan ini dianggap berbisa untuk dimakan oleh pengidap penyakit ini.meminum ais juga tidak digalakkan oleh pengidap penyakit ini kerana kesan sensitif terhadap mukus menyebabkan hidung menjadi berair.pesakit akan ditumbuhi jerawat di bahagian muka.

    Terdapat juga yang mengalami penyakit ini akibat keadaan persekitaran.pada zaman moden ini telah mengakibatkan banyak pencemaran berlaku.jika saya berada di kawasan bandar dimana banyak kereta mengeluarkan asap saya akan merasa kurang selesa untuk bernafas dan mengalami alahan seperti batuk-batuk dan bersin kerana penyakit ini amat sensitif dengan keadaan sebegitu rupa.pada awal pagi selepas mandi saya akan bersin yang teruk kerana penyakit ini alahan juga kepada air.jika tidak dirawat dengan kadar segera berkemungkinan penyakit ini boleh mendatangkan maut kepada pengidapnya..wslm...

No comments:

Post a Comment