assalamuaikum..
Disini saya dapat katakan masyarakat melayu semakin ramai yang menjadi 'mayat hidup',bohsia,setan rempit,kutu rayau dan lain2.ini kerana mereka sangat mudah terpengaruh dengan banyak faktor2.salah satu yang menjadi penyebab penyakit ini adalah kerana pengaruh rakan sebaya.kebanyakkan mereka mengikut rakan mencuba dadah ketika ditimpa masalah.kawan mereka memberitahu bahawa kononnya dadah dapat menghilangkan rasa stress.akhirnya mereka tanpa berfikiir panjang mencuba benda haram tersebut..
Selain itu,masalah keruntuhan institusi kekeluargaan juga menjadi penyumbang yang sedikit sebanyak kepada perkara ini.akibat tertekan dengan sikap ibubapa dirumah yang selalu bertengkar seterusnya bercerai dihadapan mereka berasa disisihkan keluarga menyebabkan mereka lebih suka dan tenang berada di luar rumah bersama rakan-rakan sebaya.hal ini menyebabkan rata-rata mereka sanggup berkorban apa sahaja demi rakan mereka.akhirnya kerana rasa sayang dan malu kepada rakan mencuba najis kotor tersebut tanpa memikirkan apa yang berkemungkinan akan berlaku selepas ini.
Disamping itu,kurangnya didikan agama.dalam perhatian saya boleh dikatakan bahawa didikan agama juga menjadi salah satu faktor yang penting kepada terjadinya masalah ini.saya bukan nak mengaku bahawa saya ni alim sangat.tapi hakikatnya saya masih boleh mengawal lagi tingkah laku saya.ibubapa yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya tinggi sangat sibuk kerana itulah mereka tiada masa yang secukupnya untuk melayan si anak2 mereka.hal ini menyebabkan anak2 mereka seolah-olah hilang tempat mengadu.itu menjadi penyebab banyak perbuangan anak2 haram yang berlaku pada masa sekarang.
Faktor yang terakhir seperti pengaruh alam sekitar dan media juga menjadi peratusan perkara ini berlaku.banyak filem2 daripada negara luar yang dibawa masuk tidak ditapis terlebih dahulu secara halus dan terperinci.banyak adegan ganas dan berbaur lucah telah menjadi ikutan ramai muda-mudi melayu pada zaman sekarang.kebanyakkan daripada mereka gagal mengawal diri sendiri menyebabkan terbitnya rasa ingin mencuba dalam kalangan mereka yang tersebut.akhirnya ramai lah muda-mudi melayu terkulai menjadi bohsia,rempit,hamba dadah dan sebagainya.dengarlah wahai melayu sebagai tuan tanah pusaka bertuah ini bahawa jangan biarkan tanah ini tergadai ke tangan orang lain.takkan melayu hilang di dunia.amin..wslm...
No comments:
Post a Comment